Wednesday, September 17, 2008

Labur Semula Pendapatan anda ke dalam bisnes

Antara sifat orang berjaya dalam perniagaannya ialah mereka melabur semula sebahagian pendapatan mereka ke dalam bisnes mereka sendiri.

Kalau mereka tidak invest/melabur ke dalam bisnes sendiri, siapa lagi nak melabur dalam bisnes mereka? Merekalah orang pertama yg percaya kepada perniagaan mereka.

Saya berasa pelik ada sesetengah ahli perniagaan (dalam konteks ini ahli New Image) tidak mahu sumbang sedikit pun wang kepada bisnes mereka.

Tapi Alhamdulillah di bulan ramadhan mulia ini, ramai yg telah memberi sumbangan sehingga kutipan RM20,000 lebih untuk kita berikan pada hari Royalti Konvensyen 20 September 2008 nanti. Duit tersebut akan diberikan secara cabutan bertuah kepada semua hadirin pada hari tersebut.

Saya mengucapkan tahniah kepada ramai leaders yg telah menyumbangkan sebahagian pendapatan mereka untuk menjayakan program Royalti nanti.

Saya pasti pelaburan anda Pasti berbaloi...

(jangan lupa juga beli buku bacaan - invest in yourself)

Wan Hamidi
17Ramadhan